Monday, 19 July 2010

Berjalan dan sebatang gigi....



Hari ni hafiy genap 11 bulan dan 1 minggu... betapa dah besarnya dia... dari hari kelahiran, sehingga hari ni, alhamdulillah, rasa bersyukur sangat hafiy dalam keadaan sihat selalu dan perkembangannya seperti bayi yang biasa. Sekarang dia dah pandai malu2.. dah rasa tak takut sangat nak jumpa org. Dan masa umur 11 bulan ni ada dua perkara yang menggembirakan hati aku...
  1. Gigi dah tumbuh sebatang
  2. Mula pandai berjalan...since semalam, makin laju dia berjalan..
Bila melihat dia tidur, rasanya tulah masa yang paling sesuai nak tatap wajah dia lama2 cz waktu lain biasanya dia tak pandai duduk diam.... ada jer yang dia nak buat..... sekarang ni pun bila dia sedar aku takder kat hall umah, dia dah pandai nak jenguk aku kat ofis aku kat umah tu "dapur".
Apapun, terima kasih kepada semua insan yang terlibat membesarkan hafiy sehingga kini... my husband yang sentiasa sabar kerenah kami, mak ngan abah yang selalu jaga hafiy time kena outstation.. and cik nah... yang sudi menjaga hafiy diwaktu ketiadaan ku semasa mencari rezeki... Terima kasih semua....

1 comment:

  1. puan tiha..visited and followed yours..it is good to hear about hafiy and you too...hafiy mmg betul2 cucu cikgu mad...hehe

    ReplyDelete