Tuesday 17 August 2010

Berfikir

Semenjak beberapa hari kebelakangan ni bila bertemu dengan org yg berilmu... banyak perkara yang aku fikirkan. Rasa kesal melihat ada beberapa orang yang bercakap tentang mahu memajukan diri, bercakap besar sana dan sini, tetapi tindakan yang diambil tidak seindah khabar percakapannya.... dimana silapnya? hehehe.. entahlah. Aku plak, rasa kesal, naper plak aku sekaligus terpaksa melibatkan diri... Konsep "Mementingkan Diri Sendiri" menjadi satu culture kepada masyarakat kita. Pagi tadi bila mendengar radio era tentang budaya berpuasa bandar dan kota... mmg banyak bezanya....entahlah, ada org bila ada sesuatu isu... isu itu menjadi bualan ramai... ramailah yang sibuk.. tapi, sejauh mana ia betul2 terlintas di hati kecil kita? Aku berharap, apa yang berlakudi hadapanku ini menjadi panduan supaya aku sentiasa beringat di kemudian hari...

Thursday 12 August 2010

Selamat Hari Lahir




Selamat Hari Lahir Hafiy.. Genap sudah setahun usia hafiy. Macam-macam pengalaman yang tidak ternilai untuk aku sepanjang setahun ini. Melahirkannya, menyentuhnya, menciumnya, menyusukannya sehingga 9 bulan...Sakit melahirkannya pun telah hilang walaupun segaris parut masih kekal sebagai bukti aku melahirkannya.... alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepadaku untuk menjadi seorang ibu....kini, dia sudah pandai berjln, mempunyai gigi yg ketiga. Macam2 perangai yang dia dah buat.... Ya Allah, Ya Rahim, syukran di atas peluas ini... Kau Maha Mendengar atas setiap permintaan hambaNya. Kau jadikanlah Syed Hafiy seorang yang anak yang soleh, kau jadikanlah dia mukmin yang beriman, bertaqwa. Kau fasihkanlah tutur katanya. Kau permudahkanlah segala urusannya. Kau hidupkanlah dia dengan iman, dan matikanlah dia dengan iman. Amin....