Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tinggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui .
(Surah Yasin:37-38)
Matahari telah memancarkan cahaya dan menghasilkan haba kepada manusia semenjak 5 bilion tahun hasil daripada tindak balas yang berlaku pada permukaannya. Dengan izin Allah subhanahuwata`ala semua yang berlaku ini akan menuju ke akhirnya. Matahari akan kehilangan tenaganya, dan berakhir hilang… daripada ayat ini kita telah diberitahu oleh pencipta kita bahawa kehidupn matahari yang menyinari kita selama ini sebenarnya terhada kepada masa yang tertentu…sepertimana yang diperintahkan oleh yang Maha Agung, Allah subhanahuwata`ala. Terdapat beberapa ayat lain yang boleh dibaca sebagai peringatan kepada kita tentang berakhirnya tugas matahari sebagai sinar yang menerangi kehidupan seharian kita. Diantaranya:
Allah yang meninggikan langit tanpa tiang, sebagaimana yang kamu telah lihat, kemudian dia bersemanyam diatasnya, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan makhluknya, menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya, supaya kamu menyakini pertemuanmu dengan Tuhanmu.
(Surah Ar-Ra’d:2)
Dia memasukkan malam ke dalam siang, dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang berbuat demikian itulah Allah iaitu Tuhanmu, kepunyaanNyalah kerajaan ini. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa kuasa walaupun sekecil titik.
(Surah Fathir:13)
Dia menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar; Dia menutupkan malam ke atas siang dan menutupkan siang ke atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah Az-zumar:5)
Cukuplah kiranya peringatan ke atas kita dengan tiga ayat daripada kitab suci Al-Quran yang menjadi pedoman kepada kita menunjukkan bahawa matahari ini berjalan mengikut tempoh yang tertentu. Semoga ia menjadi bukti dan evidens yang kukuh kepada kita supaya menjalani kehidupan yang mendatang dengan iman yang kekal di hati.
“Ya Allah, kau berkatilah kehidupan ini dengan rahmat dan hidayah daripadaMu, Amin”
Diolah daripada sumber http://www.miraclesofthequran.com
No comments:
Post a Comment